Pada pendapat saya, sebilangan rakyat nak play safe. Hanya tahu hendak hidup senang jer. Maklumlah ditaburkan duit dengan jawatan dan pekerjaan yang stabil. Lupa pengisian Kitab 'Al-Muqaddimah' nukilan Ibnu Khaldun. Menyayangi mereka yang memberi mereka keselesaan hidup.
Kerajaan yang bertahan ialah kerajaan yang ‘baik’ di dalam segala urusan kenegaraanya. Sebuah kerajaan yang disukai rakyatnya sudah pasti akan dipertahankan dari tersungkur dari putaran perjalanan sejarah bangsa manusia. Persoalannya ialah, apakah ciri-ciri sebuah kerajaan yang baik atau berakhlak?
Pertama, kerajaan yang berkeadilan (al-adl) dan kedua kerajaan yang berkebajikan (al-ihsan). Kerajaan yang adil meletakkan kedudukan hukum pada tahap tertinggi dan tidak ada sesiapa yang mampu melepasinya. Keadilan kerajaan terjelma di dalam memberikan kesaksamaan ruang dan peluang di dalam segenap bidang meliputi sosial, perekonomian dan politik kepada seluruh rakyatnya.
Hari ini terjadi kerana kerajaan yang menaungi rakyatnya sudah tidak lagi berkelakuan baik atau berakhlak. Hal keadaan pemerintahan di negara ini yang bersifat menekan, menindas dan menzalimi rakyatnya sendiri adalah satu rahsia umum yang telah lama dibincangkan. Akibatnya, rakyat yang sepatutnya mengasihi kerajaannya bertukar menjadi musuh.
Mereka memberontak diatas kecuaian kerajaan mereka memberikan peluang pekerjaan yang saksama, kemudahaan pendidikan yang selesa, kebajikan perumahan yang wajar serta penglibatan terbuka di dalam penyataan pendapat dan pembangunan negara. Rakyat merasakan diri mereka dipermainkan dan tidak dihormati oleh kerajaan sendiri malah pada satu tertentu rasa terhina berada di negara sendiri. Ternyata, sesebuah kerajaan yang tidak berakhlak seperti ini dibenci oleh rakyat.
Bersama kita hayati sabda Baginda Rasulullah SAW. Daripada Abu Hurairah katanya, bersabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali). Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (Hadis riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment